Nabi Muhammad SAW adalah manusia
pertama yang akan dibangkitkan dan Jibril a.s akan datang kepadanya
bersama seekor Buraq.Israfil pula datang dengan membawa bendera dan
mahkota.Izarail pula datang dengan membawa pakaian-pakaian syurga.
Bumi akan berkata "sesungguhnya
Tuhan telah menjadikan aku hancur.Telah hilang segala lingkaran,tanda
dan gunung-ganangku.Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW."
Rasulullah SAW bersabda "Lalu
diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan
langit.Maka empat malaikat berada di atas kubur"
Maka kubur terbelah dua,Pada seruan
yang kedua pula,kubur mula terbongkar.Pada seruan ketiga,ketika
Rasulullah SAW berdiri,baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala
dan rambutnya.Baginda SAW melihat ke kiri dan kanan.Baginda SAW dapati
tiada lagi bangunan.
BAGINDA MENANGIS SEHINGGA MENGALIR AIR MATANYA KE PIPI.INILAH TANGISAN PERTAMA NABI MUHAMMAD SAW DI AKHIRAT!
Jibril berkata kepadanya "bangun wahai Muhammad!Sesungguhnya kamu di sisi Allah SWT di tempat yang maha luas!"
Baginda SAW bertanya "Hari apakah ini?"
Jibril menjawab "Wahai
Muhammad!Janganlah kamu takut!Inilah hari kiamat!Inilah hari kerugian
dan penyesalan.Inilah hari pembentangan Allah SWT!"
Baginda SAW berkata "Kekasihku jibril!gembirakanlah aku!"
Jibril berkata "Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian di hadapanmu?"
Baginda SAW berkata "Bukan itu maksud pertanyaanku. AKU BERTANYA KEPADAMU AKAN UMATKU.DIMANA PERJANJIAN MEREKA?"
Ya Allah,Nabi Muhmmad
sentiasa ingat pada kita,sebelum Baginda wafat,setelah wafat dan setelah
dibangkitkan,baginda sentiasa risaukan kita,bertanyakan kita.Ya
Allah..... ),:
Jibril berkata "Demi keagungan Tuhanku!Tidak akan terbongkar oleh bumi dari manusia sebelummu?"
Baginda SAW berkata "Nescaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini.Aku akan mensyafaatkan kepada umatku"
Jibril berkata "Tungganglah Buraq ini dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!"
Jibril datang bersama Buraq ke arah
Nabi Muhammad SAW.Buraq cuba meronta-ronta.Jibril berkata "Wahai
Buraq!Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta
Allah SWT?Sudahkah Allah memerintahkan kamu untuk mentaatinya?"
Buraq berkata "Aku tahu semua itu.Tetapi,aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku"
Baginda SAW berkata kepada Buraq "Ya!Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku,nescaya akan kuberikan syafaatku kepadamu"
Setelah berpuas hati,Buraq
membenarkan Baginda SAW menunggannya lalu dia melangkah.Setiap langkahan
Buraq sejauh pandangan mata.apabila Baginda SAW berada di baitulmaqdis
di atas bumi dari perak yang putih,malaikat israfil menyeru
"WAHAI TUBUH-TUBUH YANG TELAH
HANCUR,TULANG-TULANG YANG TELAH REPUT,RAMBUT-RAMBUT YANG BERTABURAN DAN
URAT-URAT YANG TERPUTUS!BANGKITLAH KAMU DARI PERUT BURUNG,DARI PERUT
BINATANG BUAS,DARI DASAR LAUT DAN DARI PERUT BUMU KE PERHIMPUNAN TUHAN
YANG MAHA PERKASA!"
Roh roh telah diletkakkn di tanduk
atau sangkakala.Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh
makhluk.Setiap roh akan didudukkan berada di dalam tingkat.Langit di
atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang
sangat sedikit sepekat air mani lelaki.Daripadanya terbinalah
tulang-tulang.Urat-urat memanjang,Daging dan bulu akan tumbuh.Sebahagian
dari mereka kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.
Allah SWT berfirman "Wahai
israfil!tiup tandul atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan
izinKU akan penghuni kubur.Sebahagian mereka adalah golongan yang
gembira dan suka.Sebahagian mereka adalah golongan yang celaka dan
derita"
Malaikat sirafil menjerit "Wahai
roh-roh yang telah hancur!!kembalilah kamu kepada
tubuh-tubuhmu!!Bangkitlah kamu untuk dihadapkan kepada Tuhan semesta
alam!"
Allah SWT berfirman "demi keagungan dan ketinggianKU!Aku kembalikan roh kepada setiap tubuh!"
Apabila roh-roh mendengar
sumpah Allah SWT,roh-roh pon keluar untuk mencari jasad mereka.Maka
kembalilah roh kepada jasad.Bumipula terbongkar dan mengeluarkan
jasad-jasad mereka.Apabila semua sedia,masing-masing melihat.
Nabi SAW duduk di padang
baitulmaqdis,melihat makhluk-makhluk.Mereka berdiri seperti belalang
yang berterbangan,70 umat berdiri.Umat Nabi Muhammad merupakan satu umat
atau kumpulan.Nabi berhenti memperhatikan ke arah mereka.Mereka seperti
gelombang lautan.
Umat-umat datang dalam satu-satu kumpulan.Setiap kali Nabi SAW berjumpa satu umat,baginda SAW akan bertanya "Di mana umatku?"
Jibril berkata "wahai Muhammad,umatmu adalah umat yang terakhir"
Apabila Nabi Isa datang,Jibril menyeru "Tempatmu!" Maka nabi Isa dan Jibril menangis,
Nabi Muhammad SAW berkata "mengapa kamu berdua menangis?"
Jibril berkata "bagaimnana keadaan umatmu Muhammad?"
Nabi Muhmmad bertanya "dimana umatku?"
Jibril berkata"mereka telah datang.Mereka berjalan dengan lambat dan perlahan"
Apabila mendengar cerita
demikian NABI MUHAMMAD SAW MENANGIS LALU BERTANYA "WAHAI
JIBRIL!BAGAIMANA KEADAAN UMATKU YANG BERBUAT DOSA?"
Jibril berkata "lihatlah mereka Muhammad!"
Apabila Nabi Muhammad
melihat mereka,mereka gembira dan mengucapkan selawat ke atas baginda
SAW dengan apa yang telah Allah SWT muliakannya.Mereka gembira dapat
betemu dengan baginda SAW.Baginda juga gembira dapat bertemu mereka.Nabi
Muhammad bertemu umatnya yang berbuat dosa.MEREKA MENANGIS SERTA
MEMIKUL BEBAN DIATAS BELAKANG MEREKA SAMBIL MENYERU
"Wahai Muhammad.."
Air mata mereka mengalir di
pipi.Orang orang zalim memikul kezaliman mereka.Nabi bersabda "Wahai
umatku..." mereka berkumpul disisi baginda.Umat Nabi Muhammad menangis.
Ketika mereka dalam keadaan demikian,terdengar dari arah Allah SWT seruan yang menyeru "dimana jibril?"
Jibril berkata "jibril di hadapan Allah.Tuhan semesta alam"
Allah SWT berfirman "Dimana umat nabi muhammad?"
Jibril berkata "mereka adalah sebaik umat"
Allah SWT berkata "wahai jibril!khabarkanlah kepada kekasihKU Muhammad bahawa umatnya akan datang untuk dihadapkan kehadapanKU"
Jibril kembali dalam keadaan menangis lalu berkata "Wahai Muhammad!Umatmu telah datang kepada Allah untuk dihadapkan!"
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya dan berkata "Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah SWT!"
Orang-orang yang berdosa
menangis ketakutan dan terkejut dengan azabAllah SWT.NABI MUHAMMAD
MEMIMPIN MEREKA SEBAGAIMANA PENGEMBALA MEMIMPIN TERNAKANNYA MENUJU KE
HADAPAN ALLAH SWT.
"WAHAI
HAMBAKU!DENGARKANLAH KAMU BAIK-BAIK KEPADAKU TUDUHAN APA APA YANG TELAH
DIPERDENGARKAN BAGI KAMU DAN KAMU SEMUA MELAKUKAN DOSA!"
Hamba-hamba Allah SWT
terdiam.Allah SWT berfirman "hari ini,kami akan membalas setiap jiwa
dengan apa yang telah mereka usahakan.Hari ini aku akan memmuliakan
siapa yang mentaatiKU.Dan Aku akan mengazab siapa yang menderhaka.Wahai
Jibril,pergi ke malik,penjaga neraka,katakan kepadanya,bawakan
jahannam!"
Jibril pergi kepada Malik dan Malik bertanya "hari apakah ini"
Jibril menjawab "hari ini
adalah hari kiamat.Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa
dengan apa yang telah mereka usahakan"
Malik berkata "adakah Allah SWT telah mengumpulkan semua makhluk?"
Jibril berkata "ya!"
Malik bertanya "dimana Nabi Muhammad dan umatnya?"
Jibril berkata "di hadapan Allah SWT!"
Malik berkata lagi
"BAGAIMANA MEREKA MAMPU MENAHAN KESABARAN TERHADAP NYALAAN JAHANNAM
APABILA MEREKA MELINTASINYA, SEDANGKAN MEREKA SEMUA ADALAH UMAT YANG
LEMAH?"
Jibril berkata "Aku tidak tahu!"
Apa yang terjadi selepas
itu?Nabi Muhammad membela Kita,umatnya yang berdosa.Bagimana
ceritanya?Selepas entri ini insyallah aku akan ceritakan.
Hai Umat Nabi Muhammad semua!Kenapa
kita semua sombong,kenapa kita semua tak mentaati Allah dan
Rasulullah?Sedangkan kita tahu akan kebenarannya!dan kenapa kita selalu
memberikan Alasan kubur lain-lain,aku yang tanggung dosa bukan kau,aku
tak terima hidayah lagi.Kenapa?Satu je sebab dia,sebab kita tak tahu
bagaimana seksaan di sana!kita tak rasa lagi,sebab tu kita bongkak nak
ikut ajaran islam!betol kan?