header
 
Untitled Document
Course: hafazan
   
- Tadarus Hafazan
- Kelas Tarannum
- Kelas Khat
- Transform jiwa
- Yuran Penyertaan
- Program
- Hadiah
- Modul Usrah
- Dakwah Network
- Jawatankuasa
- References
- Tangisan pertama nabi Muhammad SAW
- Kenali 10 pembaca al-Quran yang terkenal
- Berkenalan dengan Imam Masjidil Haram
- 15 Fakta Tentang Al-Quran
- Fakta Tentang Al-Quran
- 10 Fakta Ilmiah dalam Alquran yang Terbukti Kebenarannya
- Fakta Sains di Dalam al-Quran
- Fakta Tentang Matematika Dalam Al-Qur'an
- HADITH KELEBIHAN AL QURAN
- FADHILAT AL-QURAN
- Kepuasan ahli al-Quran
- فضل قراءة القرءان في المسجد
- KEDUDUKAN / MARTABAT AHLI AL-QURAN
- KELEBIHAN ORANG YANG MAHIR DENGAN AL-QURAN
- MENJADI IMAM SESUATU KAUM ADALAH YANG PALING BAIK BACAAN AL-QURAN
- Al-quran penyelamat daripada fitnah
- Amalan Mustajab Dan Keutamaan Membaca 10 Surah Al Quran
- Kelebihan Membaca Al-Quran dan Berzikir
- Kelebihan Al-Quran
1
 
Free Online Tutorial ::
To be a center of structured knowledge for all. All instructors are welcome to participate in this knowledge distribution.
 
 
Berkenalan dengan Imam Masjidil Haram

Berkenalan dengan Imam Masjidil Haram

Perhatian setiap muslim tertuju kepada dua tanah haram (suci) Makkah dan Madinah, tidak ketinggalan juga terhadap para imamnya. Mereka memiliki populariti dan kedudukan yang mulia di hati kaum muslimin kerana menjawat imam masjid no 1 umat islam, Masjidil Haram di Mekah. Diseni disediakan biografi ringkat 10 imam Masjidil Haram.

1. Syaikh DR. Su’ud bin Ibrahim as-Syuraim


Lahir pada tahun 1386 H, di Saqra’ Riyadh. Beliau kuliah pada fakulti Ushuluddin di Jami’ah al-Imam Muhammad bin Su’ud al-Islamiyah. Lulus pada tahun 1409 H, kemudian melanjutkan  pendidikannya di Ma’had ‘Ali untuk para hakim, hingga beliau mendapatkan gelar Master pada tahun 1413 H. Profesion  beliau, mantan hakim, pengajar di Masjidil Haram, Dekan fakulti Syari’ah di Jami’ah Ummul Qura’ Makkah. Tahun lantikan beliau sebagai Imam di Masjidil Haram adalah tahun 1414 H. Beliau memiliki sejumlah besar unta, yang beliau habiskan sebagian waktu dengannya. Beliau memberikan perhatian besar dalam syarahan kitab Tauhid di Masjidil Haram. Beliau terkenal dengan syair dan kalimat-kalimat yang lembut yang menyentuh. Diantara karya tulis beliau adalah al-Syamil fil Khathib wal-Khuthbah, sudah diterjemah ke dalam bahasa Indonesia dan diedit oleh Ustadz Agus Hasan Bashori (pimred Qiblati) dengan judul Ensiklopedi Khuthbah atau panduan khathib.

2. Syaikh DR. Shalih bin Abdillah Alu Humaid



Lahir pada tahun 1369 H di Buraidah. Beliau mendapat gelaran doktor dalam bidang Fiqah dan Ushul pada tahun 1402 H. Profesiion beliau adalah Ketua Majlis Syura, dan anggota Haiah Kibarul Ulama. Beliau ditetapkan sebagai Imam Masjidil Haram pada 1 Muharram 1404 H. Beliau mengimami sekali dalam sebulan, iaitu untuk shalat Subuh. Sedangkan sebagian besar waktunya beliau habiskan di Riyadh untuk urusan tanggung jawab terhadap Majlis Syura. Beliau datang sekali sebulan untuk khutbah Jum’at.
Beliau memberikan perhatian besar terhadap tafsir al-Qur’an al-Karim.

3. Syaikh DR. Shalih bin Muhammad Alu Thalib



Beliau lahir pada tahun 1393 H di Riyadh. Beliau dilantik sebagai Imam Masjidil Haram pada tahun 1423 H.
Beliau bekerja sebagai Qadhi di Pengadilan Tinggi Makkah. Beliau sangat cakap dalam pekerjaan beliau sebagai hakim dan teguh saat memberikan keputusan.

4. Syaikh DR. Usamah bin ‘Abdillah Khayyath


Beliau lahir pada tahun 1375 H di Makkah al-Mukarramah. Syaikh Usamah mendapatkan ijazah sanad dalam meriwayatkan kutubus sunnah dan seluruh kitab induk hadits lainnya. Beliau belajar di Makkah dan lulus dari Fakultas Kitab dan Sunnah pada tahun 1396. Profesi beliau adalah pengajar di Masjidil Haram, mantan Anggota Majlis Syura, Dekan di Fakulti Syari’ah Jami’ah Ummul Qura’. Beliau ditetapkan sebagai imam Masjidil Haram pada tahun 1418 H. Beliau dikenal dengan gaya bahasa penyampaian yang kuat, yang mampu menggetarkan hati. Beliau adalah satu-satunya imam masjid yang ayahandanya adalah seorang imam dan khatib masjidil Haram. Dan ayahanda beliau tergolong Imam Masjidil Haram yang paling terkenal di akhir-akhir ini.

5. Syaikh DR, Abdurrahman bin ‘Abdil ‘Aziz as-Sudais


Syekh Sudais lahir pada tahun 1382 di Riyadh. Dia menjadi Hafidzul Qur’an pada usia 12 tahun, di masjid kota Riyadh yang diketuai oleh Syaikh Abdul Rahman al-Faryan. Beliau juga diambil oleh Syaikh Muhammed Ali Hussan and Syaikh Muhammed Abdul Majid Zakir untuk menerima berbagai biasiswa. Mencapai pendidikan dasar ‘Mathna bin Hartha’ menyerupai akademi ilmu pengetahuan. Di sana beliau menerima  berbagai macam biasiswa termasuk dari Syaikh Abdullah Munaif and Syaikh Abdullah bin Abdul Rahman al Tuwayjiri. Dr. Abdul Rahman lulus dari akademi ini dengan predikat “Excellent” tahun 1399H dan melanjutkan ke Fakulti Syari’ah. Setelah itu beliau menjadi Imam dan Khotib di Masjid Syaikh al-Allam Abdul Razzaq Afifi. Beliau juga mulai mengajar di Akademi Imam al-Dawa Al-Almy. Pada tahun 1404 beliau ditunjuk sebagai Imam dan Khotib Masjid al-Haram, Makkah. Di sana pertama kalinya beliau menjadi imam pada solat Asar pada 22 Sya’ban 1404H (22 ogos1404H). Khutbah pertama pada hari kelima belas bulan Ramadhan 1404H (15 September 1404H). Dalam tahun yang sama, Dr. Abdul Rahman mendapat gelar Master Degree, dengan predikat “Excellent” dari Universitas Syari’ah Imam Muhammad bin Saud. Beliau dilimpahi tawaran untuk menjadi guru di Universiti terkemuka Ummul Qura’, Makkah, di mana beliau mendapatkan gelaran  Doktornya. Beliau dilantik menjadi Dekan Fakulti Syari’ah di Universiti Ummul Qura’. Dilantik sebagai Imam Masjidil Haram pada tahun 1404 H kerika umur beliau 22 tahun.

6. Syaikh Mahir bin Hamd al-Mu’aiqili


Beliau dilahirkan al-Madinah al-Munawwaroh. Beliau habiskan usianya di Madinah, kemudian beberapa tahun yang lalu pindah ke Makkah al-Mukarramah sebagai pengajar di Sekolah Menengah. Beliau diangkat sebagai Imam Masjidil Haram pada tahun 1428 H, yang sebelumnya beliau adalah Imam Masjid Nabawi pada tahun 1427 H.

7. Syaikh Muhammad bin ‘Abdillah as-Subayyil

Beliau lahir pada tahun 1345 H, di Qashim. Adalah anggota Kibarul Ulama, dan anggota al-Majma’ al-Fiqhi. Beliau adalah mantan Ketua Umum Urusan Masjidil Haram Makkah dan Madinah juga anggota Haiah Kibarul Ulama. Beliau diangkat sebagai Imam Masjidil Haram pada tahun 1385 H. Beliau tergolong Imam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi yang paling lama.

8. Syaikh ‘Abdullah bin ‘Awad al-Juhani


Beliau lahir pada 1396 H di Madinah.
Beliau belajar di Fakulti al-Qur’anul Karim di Jami’ah Islamiyah.
Beliau termasuk yang dimuliakan oleh Allah sebagai imam dari keempat masjid yang memiliki kedudukan terbesar di hati kaum Muslimin, yaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjid Quba’ dan Masjid Qiblatain.
Beliau sekarang adalah Mahasiswa di Ummul Qura’. Pada usia 16 tahun beliau telah mengikuti pertandingan hafiz Qur’an di Makkah dan memperoleh peringkat pertama.
Dalam hal membaca al-Qur’an beliau telah diijazahi oleh para ulama Qiraah yang bertaraf Internasional yang terkenal di antaranya adalah: Syaikh az-Ziyat j , Syaikh Ibrahim al-Akhdhor Ulama ahli Qur’an di Masjidil Haram, dan DR. ‘Ali al-Khudzaifi, Imam Masjid Nabawi di Madinah.

9. Syaikh DR. Khalid al-Ghamidi


Lahir pada tahun 1388 H di Makkah.
Dilantik sebagai Imam Masjidil Haram pada bulan Dzul Hijjah tahun 1428 H
Beliau memperoleh Master dan kedoktoran dalam bidang tafsir di Jami’ah Ummul Qura’.

10. Syaikh DR. Faishal Ghazawi



Lahir pada tahun 1388 H di Makkah al-Mukarromah.
Ditetapkan sebagai Imam Masjidil Haram pada bulan Dzul Qa’dah 1428 H.
Memperoleh Master dan PHD di Jami’ah Ummul Qura’.
Masih bekerja di Fakulti Qiraah di Universiti yang sama.

P/s : Wajah-wajah penghuni syurga yang pasti...
 
 
Related article
Untitled Document
Unlimited calls
Click here

Law firm System
Klik sini
http://www.lawmais.com/secure/images/lawmais.png
Dakwah tanggugjawab kita
Nabi menangis mengenangkan umatnya. Kasihanilah mereka yang masih tidak dapat mengenal Allah. Bantulah mereka....



Tadarus Hafazan
Tadarus Hafazan Sudah bermula. Sila hubungi admin jika ingin menyertai. Yuran adalah percuma. Klik sini untuk maklumat lanjut


 
 
Untitled Document
Copyright © 2010 roslanjam@yahoo.com. All Rights Reserved.
Guest online: 3