Di dalam
sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak
akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih
tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat
dan sebagainya".
Melalui
hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran
adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan
diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan
bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan
keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian,
seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.
Apabila
mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami
antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai
dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan
datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk
memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat
membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal
dunia itu tanpa sebarang gangguan.
Tetapi
orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah
kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan
walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas
kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga
aku membawanya masuk ke syurga!" Selepas itu dia
berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:
"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya
kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala
dengan suara yang kuat" . "
Janganlah
engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir
ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila
pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan
untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan
kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga".
Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang
itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat
Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa
berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu
kita adalah orang-orang yang rugi.
Cuba kita
renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut
adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita
tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya
walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada
di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita
jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan
kita sewaktu di dunia.
Allah
telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat
terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah
Al-Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi
syafaat di Akhirat.
Semoga
Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.....AMIN!!!
http://www.al-azim.com/masjid/ramadhan1425/nuzul/fadhilat.htm
|