HADITH KELEBIHAN AL QURAN
November 5, 2009 at 9:42 am (Al Quran, Hadith)
1. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa’at kepada pembacanya”.
( Hadith Riwayat Muslim )
2. Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan
orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan
Surah Al Baqarah dan Surah A-li ‘Imraan, kedua-dua surah ini menghujah (
mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”.
( Hadith Riwayat Muslim )
3. Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.
( Hadith Riwayat Bukhari )
4. Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. :
“Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.
( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim )
5. Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran seperti
buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap.
Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak
ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al
Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit
dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu
yang tiada bau dan rasanya pahit”.
( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim )
6. Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran”.
( Hadith Riwayat Muslim )
7. Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:
“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua
perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang Al
Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan
kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam”.
( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim )
8. Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata :
“Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya
seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula
melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila
menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan
menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah
) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al Quran”.
( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim )
9. Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat Al Quran seperti rumah yang roboh”.
(Hadith Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih )
10. Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang
membaca Al Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al
Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya
tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”.
( Hadith Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )
11. Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W
keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau
bersabda:
“Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi
hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil
darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa
dan tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami menjawab : “Kami suka
demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu tidak pergi ke
masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor
unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari
empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”.
( HadithRiwayat Muslim )
12. Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
“Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca Al Quran”.
(Hadith Riwayat Muslim )
13. Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W.
menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian
beliau bersabda :
“Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat
berpegang teguh dengan Al Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah
seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang
lahad”.
( Hadith Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie & Ibnu Majah )
14. Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari
yang sedang membaca Al Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian
ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W.
bersabda :
“Barangsiapa yang membaca Al Quran maka berdoalah
kepada Allah dengan Al Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum
yang membaca Al Quran dan mereka berdoa dengannya”.
( Hadith Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan )
15. Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata :
“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al
Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh
pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi
Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.
(Hadith Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih )
|