يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ قُرْءَاناً
MENJADI IMAM SESUATU KAUM ADALAH YANG PALING BAIK BACAAN AL-QURAN
عَنْ عَمْرٍو بْنِ سَلَمَةَ رضي الله عنه عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وءاله وسلم ، قال : " صَـلُّوْا
صَلاَةً كَذَا فِيْ حِيْنِ كَذَا ، صَـلُّوْا صَلاَةً كَذَا فِيْ حِيْنِ
كَذَا . فَإِذَا حَضَرَتِ الصَّلاَةُ فَلْـيُؤَذِّنْ أَحَدُكُمْ ،
وَلْـيَؤُمَّكُمْ أَكْـثَرُكُمْ قُرْءَاناً "..
فَنَظَرُوْا فَلَمْ يَكُنْ أَحَدٌ أَكْـثَرَ قُرْءَاناً مِـنِّيْ ، لِمَا
كُنْتُ أَتَلَقَّى مِنَ الرُّكْباَنِ . فَقَدِّمُوْنِيْ بَيْنَ
أَيْدِيْهِمْ وَأَناَ ابْنُ سِتِّ أَوْ سَبْعِ سِنِـيْنَ . وَكَانَتْ
عَلَيَّ بُرْدَةٌ كُنْتُ إِذَا سَجَدْتُ تَقَلَّصَتْ عَـنِّيْ . فَقَالَتِ
امْرَأَةٌ مِنَ الْحَيِّ : أَلاَ تَغْطُوْنَ عَنَّا أَسْتَ قَارِئِكُمْ؟ .
فَاشْتَرَوْا فَقَطَعُوْا لِيْ قَمِيْصًا . فَمَا فَرِحْتُ بِشَيْءٍ
بِذَلِكَ الْقَمِيْصِ . (أخرجه الإمام البخاري وأبوداود والنسائي وأحمد
وغيره).اه
Daripada Amru bin Salamah ra , daripada Nabi SAW bersabda : “Solatlah
kamu akan solat demikian di dalam waktu demikian , solatlah kamu akan
solat demikian di dalam waktu demikian. Apabila masuk waktu solat ,
hendaklah salah seorang dari kamu melaungkan azan . Seterusnya hendaklah
yang mengimamkan solat itu adalah seseorang yang paling banyak
(menghafaz) al-Quran.”..
Maka
mereka pun memerhati , tiada seorang pun yang paling banyak menghafaz
al-Quran lebih dari aku, kerana aku sering bertemu (mendengar dan
mempelajari al-Quran) daripada rombongan musafir (yang di dalam
perjalanan pulang dari bertemu Nabi SAW di Madinah) . Maka mereka pun
melantik aku menjadi imam di hadapan mereka, sedangkan aku baru berumur 6
atau 7 tahun.
Ketika
itu aku hanya memakai sehelai kain sahaja. Ketika mana aku sujud,
terselak sedikit auratku . Salah seorang wanita kampung itu menegur
(makmum lelaki): Apakah kamu tak mahu menutup aurat imam kamu itu
daripada kami ? .
Akhirnya
mereka (makmum lelaki itu) membeli kain dan menjahitkan baju untuk aku .
Tidak pernah aku rasa sangat gembira lebih daripada kegembiraan daku
ketika diberikan baju itu .
عَنْ أَبِيْ سَعِيْدٍ الْخُدْرِيِّ رضي الله عنه قَالَ ، قال رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وءاله وسلم : "إِذَا كَانُوْا ثَلاَثـَةً فَلْيَؤُمَّهُمْ أَحَدُهُمْ ، وَأَحَقُّهُمْ بِالإِمَامَةِ أَقْرَؤُهُمْ".أخرجه الإمام مسلم والنسائي..
Daripada Abi Said al-Khudriy ra berkata , Rasulullah SAW bersabda : “Apabila
kamu mempunyai tiga orang , maka hendaklah salah seorang dari kamu
menjadi imam. Dan yang lebih berhak menjadi imam dari kalangan kamu
adalah orang yang paling baik bacaannya (al-Quran).”
عَنْ أَبِيْ مَسْعُوْدٍ عُقْبَة بْنِ عَمْرٍو الْبَدْرِيِّ الأَنْصَارِيِّ رضي الله عنه قَالَ ، قال رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وءاله وسلم : " يَؤُمُّ
الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللهِ ، فَإِنْ كَانُوْا فِي
الْقِرَاءَةِ سَوَاءً فَأَعْلَمُهُمْ بِالسُّـنَّةِ ، فَإِنْ كَانُوْا فِي
السُّـنَّةِ سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ هِجْرَةً ، فَإِنْ كَانُوْا فِي
الْهِجْرَةِ سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ سِلْمًا .. وَفِيْ رِوَايَةٍ: سِناًّ
.. وَلاَ يَؤُمَّنَّ الرَّجُلُ الرَّجُلَ فِيْ سُلْطَانِهِ وَلاَ يَقْعَدُ
فِيْ بَيْـتِهِ عَلَي تَكْرِمَتِهِ إِلاَّ بِإِذْنِهِ ...أخرجه الإمام مسلم وأبوداود والنسائي وأحمد وغيره
Daripada Abi Mas’ud, Uqbah bin Amru al-Badriy al-Ansariy berkata, Rasulullah SAW bersabda : “akan
menjadi imam sesuatu kaum adalah yang paling baik bacaannya terhadap
Kitab Allah (al-Quran). Sekiranya bacaan mereka sama baik, pilihlah yang
paling mengetahui Sunnah (Hadis). Sekiranya sama pengetahuan mereka
terhadap Sunnah, pilihlah yang paling awal hijrah (ke Madinah).
Sekiranya sama waktu hijrah mereka, pilihlah yang lebih awal memeluk
Islam...Di dalam riwayat lain “yang lebih berumur”...
“Tidak
boleh seseorang menjadi imam kepada orang yang mempunyai kuasa di
tempatnya (seperti sultan sesebuah negeri dsbg) dan juga tidak boleh
orang luar menjadi imam , di rumah orang lain kecuali dengan izinnya
(izin tuan rumah atau tempat tersebut).”