Al-quran penyelamat daripada fitnah
عن الحارث الأعور قال: مَرَرْتُ
فِي الْمَسْجِدِ ، فَإِذَا الـنَّاسُ يَخُوْضُوْنَ فِي الأَحَادِيْثِ .
فَدَخَلْتُ عَلَى عَلِيِّ فَـقُلْتُ: يَا أَمِيْرَ الْمُؤْمِنِيْنَ ، أَلاَ
تَرَى أن الناس قد خاضوا في الأحاديث .قال: وقد فعلوها ؟ قلت : نعم . قال: أما إني قد سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: "ألا إنها ستكون فتنة فقلت ما المخرج منها يا رسول الله ؟ قال: كتاب الله فيه نبأ ما كان قبلكم ، وخبر ما بعدكم ، وحكم ما بينكم، وهو الفصل ليس بالهزل ، من تركه من جبار قصمه الله، ومن
ابتغى الهدى في غيره أضله الله، وهو حبل الله المتين ، وهو الذكر الحكيم،
وهو الصراط المستقيم، هو الذي لا تزيغ به الأهواء، ولا تلتبس به الألسنة،
ولا يشبع منه العلماء، ولا يخلق على كثرة الرد، ولا تنقضي عجائبه، هو الذي
لم تنته الجن إذ سمعته ، حتى { قالوا إنا سمعنا قرآنا عجبا . يهدي إلى
الرشد فآمنا به } . من قال به صدق، ومن عمل به أجر، ومن حكم به عدل، ومن دعا إليه هدى إلى صراط مستقيم". خذها إليك يا أعور. (قال أبو عيسى هذا حديث غريب لا نعرفه إلا من هذا الوجه وإسناده مجهول وفي الحارث مقال)
Daripada al-Harith al-A’war berkata: Aku lalu di masjid, tiba-tiba manusia berkumpul bercakap-cakap
sesuatu yang fitnah. Maka aku masuk bertemu dengan Saidina Ali. Aku
berkata wahai amirul mukminin: Kamu tak nampakkah bahawa manusia telah
berkumpul mengata sesuatu yang fitnah? Saidina Ali berkata : Mereka
telah melakukannya? Aku berkata: Ya. Saidina
Ali berkata lagi: Adapun aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
“Ingatlah, sesungguhnya akan berlaku sesuatu fitnah. Aku(Ali) berkata:
Apakah jalan keluar daripadanya wahai Rasulullah? Rasullulah bersabda:
Kitab Allah (Al Quran). Di dalamnya terdapat khabar berita (umat)
sebelum kamu dan selepas kamu. Dan ia menjadi hukum antara kamu dan ia
pemisah (antara hak dan batil), bukan sesuatu gurau senda (olokan).
Barangsiapa yang meninggalkannya kerana ingkar dan takabbur akan
dibinasakan oleh Allah, barangsiapa yang mencari prtunjuk selain
daripada AlQuran maka Allah akan menyesatkannya dan ia adalah tali Allah
yang kukuh. Dan ia adalah peringatan yang bijaksana. Dan ia adalah
jalan yang lurus dan ia tidak boleh diselewengkan oleh hawa nafsu. dan
ia tidak akan menyukarkan lidah menyebutnya (sekali pun bagi bukan Arab)
dan tidak akan mersasa puas daripadanya oleh ulama. Dan tidak akan
lapuk sekalipun diulang berkali-kali. Tidak akan terhenti keajaibannya.
Dan dia tidak menghalang jin daripada mendengarnya sehinggalah mereka
berkata : “ Sesungguhnya kami telah mendengar Quran yang sangat ajaib.
(Quran) ini memberi petunjuk ke jalan yang lurus” – Surah Al-jin ayat
1&2. .. Barangsiapa yang berkata dengannya (al-Quran) akan benar.
Barangsiapa yang beramal dengannya akan diberi pahala. Barangsiapa yang
menghukum dengannya akan adil. Dan sesiapa yang mendakwah kepadanya akan
diberi petunjuk ke jalan yang lurus”…. Ambil lah sebagai pegangan
engkau wahai A’war… |