منزلة صاحب القرءان KEDUDUKAN / MARTABAT AHLI AL-QURAN
1) عن جابر بن عبد الله أن رسول الله صلى الله عليه وسلم
كان يجمع بين الرجلين من قتلى أحد في ثوب واحد ثم يقول:" أيهما أكثر أخذا
للقرآن". فإذا أشير له إلى أحدهما قدمه في اللحد، قال:" أنا شهيد على
هؤلاء". وأمر بدفنهم بدمائهم ولم يصل عليهم ولم يغسلهم . (صحيح أخرجه الإمام البخاري وأبوداؤد والترمذي والنسائي وابن ماجه) Daripada Jabir bin Abdillah ra
bahawa Rasulullah SAW meletakkan jenazah dua orang yang mati shahid di
Medan Uhud di dalam satu liang lahad dan Baginda bertanya : “yang
manakah di antara mereka berdua ini yang lebih banyak mengambil
(menghafal) al-Quran ?”. apabila ditunjukkan kepadanya (yang lebih
banyak hafalannya) di antara mereka berdua, maka Rasulullah SAW
meletakkannya di hadapan di dalam susunan liang lahad itu. Dan
Rasulullah SAW bersabda : “Aku menjadi saksi ke atas mereka ini” (saksi
bahawa merekalah yang bersungguh-sungguh di medan peperangan hingga mati
shahid). Rasulullah SAW memerintah dikebumikan mereka itu dengan
darah-darah mereka tanpa disolat dan tanpa dimandikan jenazah mereka
itu. 2) عَنْ هِشَامِ بْنِ عَامِرٍ ، قَالَ : شَكَى إِلَى رسولِ الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْجَراحَاتِ يَوْمَ أُحُدٍ، فَقَالَ : " اُحْـفُرُوْا
وَأَوْسِعُوا وَأَحْسِنُوْا ، وَادْفِـنُوْا الاِثْنَـيْنِ وَالثَّلاَ
ثَةَ فِي قَـبْرٍ وَاحِدٍ ، وَقَدِّمُوا أَكْـثَرَهُمْ قُرْآناً "، فَمَاتَ أَبِيْ فَقُدِّمَ بَيْنَ يَدَيْ رَجُلَيْنِِ.. (حسن صحيح أخرجه الإمام الترمذي وأبوداؤد والنسائي وابن ماجه وأحمد) Daripada
Hisham bin Aamir ra berkata : dia pernah mengadu kepada Nabi SAW
tentang (bagaimana pengkebumian) jenazah yang shahid di medan peperangan
Uhud , Rasulullah
SAW menjawab : “Koreklah liang kubur , luaskan dan elokkanlah (liang
untuk mereka) seterusnya kebumikan dua atau tiga orang di dalam satu
liang kubur . Letaklah yang paling hadapan (susunan di dalam liang kubur
itu) orang yang lebih banyak menghafal al-Quran”... (kata perawi hadis ini) di antara yang shahid adalah bapaku maka di letakkan di hadapan jenazah yang lain Pengajaran : 1) Nabi
SAW meletakkan jenazah ahli al-Quran lebih ke hadapan daripada yang
lain mengikut kadar hafalan mereka, bukti kemulian ahli al-Quran. 2) Hendaklah kita memuliakan apa yang dimuliakan oleh Baginda Nabi SAW. 3) Mereka yang menghafal, mendekati dan memuliakan al-Quran , pasti akan dimuliakan kedudukan mereka di sisi Allah Taala. 4) Orang yang mati shahid wajib dikebumikan tanpa mandi, tanpa kafan dan tanpa solat jenazah. 5) Bukti kemuliaan orang yang mati shahid di medan peperangan fi sabilillah; a. Tidak
dimandi dan tidak dikafankan kerena darah dan kesan luka itu akan
menjadi kebanggaan dan perhiasan mereka di hari akhirat nanti. b. Tidak disolatkan kerana besarnya pahala shahid dan itu sudah cukup memberi syafaat kepada mereka. |