بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Al-Qur’an
adalah firman Allah SWT yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW
sebagai petunjuk bagi umat manusia. Ada banyak riwayat yang sahih
menyebutkan bahawa membacanya adalah pahala.
Semakin baik bacaan dan tingkat penghayatannya, semakin besar pula
pahala yang diperoleh oleh si pembaca. Selain itu, setiap Surah di dalam
Al-Qur’an juga mempunyai ‘mumayyazah’ dan kelebihan masing-masing. Di antaranya adalah:
1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan
membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.
Insya’Allah akan aman tenteram dan dijauhkan daripada gangguan syaitan.
Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati
sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah SWT Untuk
mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari
iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
Hazrat Abdul Malik bin ‘Umair rah. meriwayatkan secara mursal bahawa Rasulallah SAW bersabda, “Dalam surah al-Fatihah terdapat penawar untuk segala penyakit.” (Hadis riwayat Darimi dan Baihaqi)
.
.
2. SURAH YAASIN
Anas ra. mengatakan, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu
itu memiliki jantung dan hati, jantung Al-Qur’an adalah surat Yaasin.
Sesiapa membaca surat Yaasin maka Allah menetapkan baginya pahala menyamai membaca Al-Quran sepuluh kali.” (HR. Tirmidzi)
Rasulullah SAW juga bersabda : “Surah Yaasin dinamakan di dalam
kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan
pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala
baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan
dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan
kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata
mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.” (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).
Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
.
.
3. SURAH AD-DUKHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara
di Padang Mahsyar. Dan membaca Surat Ad-Dukhan juga, Malaikat memohon
ampun untuknya.
Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Ad-Dukhan di waktu malam, maka tujuh puluh ribu (70.000) malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).
.
.
4. SURAH AL-WAQI’AH
Ibnu Mas’ud ra. mengemukakan, Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca surat Al-Waqi’ah setiap malam, maka ia tidak ditimpa akan merasai kepapaan untuk selamanya.” (HR. Baihaqi)
Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya Allah akan beroleh
kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali
setiap lepas solat Asar, Insya Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang
banyak.
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah
Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38
sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk
menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami
telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta
Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang
tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”
.
.
5. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai
fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan
membacanya.
Menurut beberapa hadis Rasulullah SAW, mereka yang mengamalkan
membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan
dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, Insya Allah,
akan terselamat dari azab kubur.
Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya ada sebuah surat dari
Al-Quran yang terdiri dari 30 ayat, ia memberi syafaat bagi seseorang
(yang membacanya) hingga diampuni dosanya, yakni Tabaarakal ladzi
biyadihil mulku (Surat Al- Muluk).” (HR. Admad dan Ibnu Hibban).
.
.
6. SURAH AL-KHAUTHAR / AT-TAKAATSUR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali,
maka Allah SWT akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan
pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga
dia tertidur, Insya Allah dia dapat melihat Rasulullah SAW dalam
tidurnya.
Ibnu Umar ra. mengabarkan, Rasulullah SAW bersabda: “Tidakkah
seseorang dari kalian sanggup membaca seribu ayat setiap hari? Siapa
yang boleh melakukan itu wahai Rasulullah? Tanya sahabat. Tidakkah
seseorang diantara kamu boleh membaca “Alhaakumuttakatsur” (HR. Hakim dan Baihaqi)
.
.
7. SURAH AL-KHAFIRUN
“Sesiapa yang membaca Surah Al-Khafirun, maka bandingannya
seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik,
terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang
mengejutkan.” (Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
.
.
8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah SAW pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :
“Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.”
Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam
Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti
Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab,
“Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah
khatam Al-Qur’an keseluruhannya.”
Dari Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa
hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya,
ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya
sampai ia kembali.”
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan: “Surah ini dinamakan Surah
Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya
dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan
kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut,
dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
.
.
9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah SAW pada setiap
malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah
Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan,
kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.”
Sesiapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia,
hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali
selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.
Sesiapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam
kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah
Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
.
.
10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an.
Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam
surah ini yang bermaksud manusia.
Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini
adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari
godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.
Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.
.
Wallahu A’alam Bissowab
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/02/amalan-mustajab-dan-keutamaan-membaca-10-surah-al-quran/#more-1535 |