Hikmah Janggut di sebalik Sunnah Rasulullah
Sabda Rasulullah SAW, ”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)
Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik
tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun
dahulu.
Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian
klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil
kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul
gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat
daripada itu.
Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of
Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human
Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat
diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid
selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
SUBHANALLAH!
Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang
belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan
mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu
janggut suamimu itu.
Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman
silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.
--- http://mirlme.com/hikmah-janggut-di-sebalik-sunnah-rasulullah/
|