asssalammualaikum suami saya mengikuti tabligh, apakah tabligh ini dan adakah tidak salah kita mmenyertainya
Waalaikumussalam, Tabligh itu merupakan salah satu daripada 4 sifat
yang wajib terdapat pada baginda saw.Tabligh itu bermaksud
menyampaikan.Perkara yang perlu disampaikan ialah urusan dakwah yang
dibawa oleh rasulullah kepada umat islam. Suami puan boleh menyertai
tabligh tetapi dengan syarat iaitu tidak mengambaikan tanggungjawab
kepada anak dan keluarga seperti berikut
A. Nafkah zahir
1.Memberi/menyediakan makanan dan minuman yang secukupnya
2.Menyediakan tempat tinggal yang sesuai
3.Memberi pendidikan yang sewajarnya
4.Menyediakan perbelanjaan kesihatan
5..Menyedikan pakaian yang sesuai dan secukup.
6.Rekreasi dan pelancongan
B.Nafkah Batin
1.Melayani nafsu seks isteri
2.Memberi kasih sayang kepada anak dan isteri
3.Menjaga perasaan dan hati isteri dan anak-anak
Sekiranya suami puan sanggup melakukan perkara ini secara adil dan
saksana adalah tidak salah beliau menyertai jemaah tabligh
tersebut. Jika suami puan tidak sanggup melakukan tanggungjawab
tersebut panel nasihatkan agar jangan join kumpulan berkenaan.Wallahu
a'lam.