header
 
Untitled Document
Course: DAKWAH
   
- Dakwah Internet Adalah Kaedah Terbaru Buat Pendakwah
- Taqwa indications
- Rujukan
- Kenapa kerja dakwah iman perlu dilakukan
- Jom Aminkan doa ini
- pemain silat
- Muhammad Al-Fateh
- Tips murah rezeki
- facebook dari dalam kubur
- We have eyes
- adab tidur
- adab makan
- adab masjid
- Adab tandas
- Adab majlis ilmu
- Adab dakwah
- adab dai
- syarat dakwah
- masturat
- Kepentingan Usaha Masturat
- Bayan masturat
- pentingnya iman
- NUSRAH ALLAH
- Tanda-tanda kiamat
- Bayan Jamaah Australia
- Bayan Maghrib Maulana Saad
- Adab Dakwah Ijtimai
- Kerja-kerja dakwah
- Aktiviti keluar
- Technoda'i
- 6 Sifat Sahabat Nabi
- 4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW
- Hikmah Janggut di sebalik Sunnah Rasulullah
- Cahaya kubur
- Tanda-tanda Munafik
- Tanda-tanda Munafik (2)
- Zakir naik
- istilah yang diguna pakai oleh jemaah tabligh
- Dakwah Online dan Kajian Awal ke Arah Ensiklopedia Domainnya dalam Bahasa Melayu
- Ahmad Deedad
- Dr Gary Miller
- burung
- Wahai anakku
- Ubat hati
- pangkat
1
 
Free Online Tutorial ::
To be a center of structured knowledge for all. All instructors are welcome to participate in this knowledge distribution.
 
 
adab dai
Ini merupakan adab-adab atau tertib yang ulama-ulama kita telah gariskan supaya para da'ie dapat diterapkan semasa keluar di jalan Allah ataupun semasa berada di mahala masing-masing. Ia bertujuan untuk mengelakkan daripada fitnah atau salah faham di kalangan masyarakat setempat. Al-maklum sajalah, setiap pergerakan ‘karkun-karkun’ diperhatikan. Bila sedikit kesalahan dilakukan terus dipandang serong, macamlah kita ni malaikat yang maksum, tiada dosa...

Semasa keluar di jalan Allah ataupun semasa berada di mahala masing-masing, adab-adab usul ni perlu diamalkan dan dipraktikkan, walaupun belum dapat diamalkan 100%. Yelah, kita manusia biasa, memang hari-hari buat silap, tapi kena niat untuk mengamalkannya. Nak jadi baik ni bukan mudah, banyak dugaan. Apapun niat ikhlas semata-semata kerana Allah…

Semasa keluar (atau tak ) di jalan allah, kita kena :

    BANYAKKAN 4 PERKARA
    KURANGKAN 4 PERKARA
    TINGGALKAN 4 PERKARA
    JANGAN SENTUH SAMA SEKALI 4 PERKARA


Apa yang perlu dibanyakkan, kurangkan, tinggalkan, dan jangan sentuh itu?

4 PERKARA YANG PERLU DIPERBANYAKKAN :

1) Banyakkan DAKWAH :

DAKWAH pula terbahagi kepada 4 bahagian kecil :

    DAKWAH UMUMI
    DAKWAH KHUSUSI
    DAKWAH INFRADI
    DAKWAH IJTIMAI’


DAKWAH UMUMI
- Dakwah dibuat semasa buat ziarah/ghast/Jaulah.
- Dimulakan dengan Bayan Kepentingan Dakwah (biasanya lepas Asar), lepas tu Adab-adab Ghast.
- Kemuadian jemaah dibahagikan kepada dua bahagian kecil, satu dalam masjid dan satu lagi luar masjid.

DAKWAH KHUSUSI
- Jemaah kecil biasanya berdua-dua dibentuk untuk jumpa dengan orang-orang yang khusus/tertentu sahaja. misalnya, sampai di satu tempat ada jemaah-jemaah dibentuk untuk berjumpa dengan Ketua Kampung, Pengerusi Masjid dan Imam Masjid.
- Ada juga yang ditugaskan untuk berjumpa dengan ulama, orang khawas, pegawai-pegawai, orang kaya/miskin dan sebagainya.

DAKWAH INFRADI
- Dibuat dikalangan ahli jemaah sendiri atau orang kampung yang dijumpai sama ada secara rawak ataupun yang berada di masjid.

DAKWAH IJTIMAI
- Dakwah dibuat secara beramai-ramai, iaitu seorang berkata yang lain mendengar. Biasanya dibuat lepas ghast/ziarah yang biasa orang sebut BAYAN atau MAJLIS FIKIR IMAN AMAL.

2) Banyakkan TA’LIM WATTA’LUM

TA’LIM WATTA’LUM (AJAR DAN MENGAJAR) pun terbahagi kepada 4 bahagian kecil :

1. TA’LIM KITABI

- Kitab yang biasa digunakan ialah Fadhilat Amal dan Muntakhab Ahadis.
- Biasanya dibaca 21/2 jam. Paling afdhal 4 jam. Dengar lagi dan lagi hadis-hadis Nabi untuk timbulkan keghairahan untuk beramal dan yakin dgn janji Allah (ihtisab) dan lembutkan hati untuk beramal.
- Paling afdhal ustaz/ulama yang baca dengan mantan hadis sekali.

2. HALQAH TAJWID

- Selepas baca Fadhilat quran dalam Ta’lim kitabi, dibahagikan kepada jemaah kecil untuk Halqah tajwid. Biasanya dari Kalimah Syahadah, Al-Fatihah dan sepuluh surah terakhir (al-fiil hingga an-nas)..lebih baik dan lebih afdhal kalau ada ustaz/ulama yang lakukan. Sebab tu penting ustaz/ulama pun kena keluar jalan allah untuk ajar dan perbetulkan makhraj dan sebutan, lebih-lebih lagi Al-Fatihah untuk orang-orang yang baru belajar.

3. MUZAKARAH ADAB2

- Muzakarah adab-adab seharian atau doa-doa masnun.
- Biasanya Adab MAKAN, MASUK KELUAR TANDAS, MUSAFIR, TIDUR DAN ADAB MASJID.
- Kalau ada ustaz/ulama, merekalah yang mengawal halqah ni, kalau tiada di kalangan jemaah

4. MUZAKARAH 6 SIFAT SAHABAT

- Bergilir-gilir cakap sifat-sifat sahabat iaitu HAKIKAT LAAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADURRASULLULAH, SOLAT KHUSU DAN KHUDU, ILMU DAN ZIKIR, IKRAM MUSLIMAIN, IKHLAS NIAT DAN DAKWAH DAN TABLIGH.
-Cakap lagi dan lagi supaya sifat-sifat sahabat ini kita dapat amalkan, bukan setakat menghafal.

3) Banyakkan IBADAT :
 
IBADAT terbahagi kepada 4 perkara :

i) BANYAKKAN SOLAT2 SUNAT (SOLAT FARDHU SUDAH SEMESTINYA)
ii) BANYAKKAN BACA QURAN- Sekurangnya 2 lembar sehari
iii) BANYAKKAN ZIKIR -300 pagi dan 300 petang
iv) BANYAKKAN DOA- belajar dan amal doa-doa masnun

3) Banyakkan KHIDMAT :

KHIDMAT terbahagi kepada 4 :

i) KHIDMAT DIRI SENDIRI- Kalau di rumah kita jadi BIG BOSS, masa keluar ini lah belajar-belajar buat sendiri seperti cuci kain, masak dan sebagainya.

ii) KHIDMAT JEMAAH- Bantu ahli-ahli dalam jemaah atau bukan ahli jemaah (orang kampung)

iii) KHIDMAT AMIR(KETUA)- Mudahkan amir buat keputusan dan taat kepada Amir

iv) KHIDMAT MASJID- Pastikan masjid sentiasa bersih dan kemas sebelum, semasa dan selepas digunakan.

4 PERKARA YANG PERLU DIKURANGKAN :

Sekiranya 4 perkara di atas diperbanyakkan, secara automatik, 4 perkara ni perlu dikurangkan iaitu :

i) KURANGKAN CAKAP SIA-SIA
- Bila banyak buat dakwah, percakapan yang sia-sia pun perlu dikurangkan.

ii) KURANGKAN MASA MAKAN DAN MINUM
-Bukan tak boleh makan dan minum. Masa makan dan minum yang perlu dikurangkan. Kadangkala lepas habis makan sambung pula bercerita, kalau bercakap hal-hal dakwah takpe la….

iii) KURANGKAN MASA REHAT DAN TIDUR
- Bila banyak buat dakwah, khususi, khidmat, baca quran, berzikir, sekaligus masa untuk rehat dan tidur dapat dikurangkan.

iv) KURANGKAN BERADA DI LUAR MASJID
- Masjid adalah tempat yang Allah paling suka, jadi banyakkan masa dalam masjid kerana ada suasana Malaikat. Apabila seseorang yang buat usaha agama keluar saja dari masjid maka syaitan akan hurung dia seperti mana lalat hurung bangkai. Melainkan ada hal-hal tertentu seperti beli barang, khususi, ghast tu lain.

4 PERKARA YANG PERLU DITINGGALKAN :

    JANGAN MENGHARAP PADA MAKHLUK DENGAN HATI
    JANGAN MEMINTA PADA MAKHLUK DENGAN LISAN
    JANGAN MEMINJAM BARANG ORANG TANPA IZIN
    JANGAN MEMBAZIR


MENGHARAP PADA MAKHLUK DENGAN HATI @ MEMINTA DENGAN LISAN
- Masa keluar ini lah kita nak belajar minta dengan Allah. Apa-apa sahaja perkara nak diselesaikan melalui SOLAT DUA RAKAAT dahulu selepas itu barulah berusaha. Memang sukar kadang-kadang sudah ditarbiah dari kecil lagi untuk mengharap mahupun meminta dengan makhluk. Allah berfirman dalam quran (lebih kurang maksud) selesaikan masalah dengan sabar dan solah

MEMINJAM BARANG ORANG TANPA IZIN
- Perkara ni Nampak remeh, tapi sebenarnya boleh menyebabkan perpecahan dan perbalahan di kalangan jemaah mahupun penduduk setempat kalau tidak dijaga. Misalnya, kita nak ke tandas lepas itu main redah je guna selipar orang. Sekali tuan punya selipar pun nak ke tandas ‘time emergency’ plak tu, haa…kan dah kena sumpah seranah. Sebaiknya tuan punya selipar tu boleh iklan pada ahli jemaah “saya wakaf selipar ini untuk digunakan”, ataupun minta izin dengan tuan punya harta, syaitan ini akan buat apa sahaja untuk pecah belahkan jemaah. Bila sudah caci-mencaci antara satu sama lain maka terlepaslah dari pandangan rahmat Allah. Bagaimana nak satukan ummat kalau jemaah sendiri berpecah..?

MEMBAZIR
- Membazir saudara syaitan. Elakkan mengguna air untuk berwudhu atau memasak berlebihan. begitu juga dengan elektrik. Nanti kalau bil air dan api melambung, jemaah juga yang dipersalahkan.

4 PERKARA JANGAN SENTUH SAMA SEKALI :

PERKARA-PERKARA INI JANGAN DI SENTUH SAMA SEKALI, LEBIH-LEBIH LAGI MASA BAYAN/MAJLIS FIKIR IMAN AMAL…

i) JANGAN SENTUH MAZHAB KHILAFIAH

- Jangan sentuh pasal mazhab-mazhab. Lebih-lebih lagi kalau dalam jemaah ada rakan-rakan usaha yang berlainan mazhab. Takut nanti berhujah untuk mempertahankan mazhab masing-masing, akhirnya bergaduh. KECUALI dalam jemaah tu ada USTAZ atau ULAMA, bolehlah kita Tanya kalau tidak jangan cari penyakit…

ii) JANGAN SENTUH POLITIK DAN ISU SEMASA

- JANGAN sentuh langsung bab-bab politik. Kita nak satukan ummat dalam agama atas kalimah “Laaillaha illallah,muhammadarrasulullah”. Bukan atas dasar politik. Elakkan pakai baju yang ada unsur-unsur politik…’UNDILAH DOT, DOT”, nanti jadi fitnah. Cth “ooooooo org tabligh ni sokong parti dot, dot…”akhirnya orang tak datang ke masjid sebab FIKIR kita bawa fahaman politik yang tak sama dengan mereka.

iii) JANGAN SENTUH PANGKAT DARJAT KETURUNAN

- Jangan sentuh pasal perkara ni. Kalau tempat kita keluar berdakwah itu rata-rata orang sederhana/miskin, ceritakan kelebihan orang miskin yang masuk syurga 500 tahun lebih awal. Kalau kebanyaakan orang kaya @ orang berada ceritakan kelebihan kalau mereka guna harta mereka kepada agama Allah. Allah tidak akan pandang harta kita banyak mana atau keturunan kita, tapi allah pandang iman taqwa kita. Kita semua sama pada pandangan Allah.

iv) JANGAN DERMA MENDERMA

- Eh…kenapa pula tak boleh menderma? Kan baik kalau menderma? Hmm…yelah, bukan tak boleh tetapi TAK SESUAI kalau masa keluar. KENAPA? Boleh mengundang FITNAH, macamana pula? Ada kes benar, satu jemaah masuk dalam kampung, pasti jemaah ini bagilah derma kepada tabung masjid niat untuk ikram imam atau pengerusi masjid. Mereka pun sukalah “bagusnya jemaah ni..”. Lain kali pula, datang jemaah yang serba kekurangan dan tidak mampu untuk bagi sumbangan pada masjid sebab nak jaga tertib. Pastu pengerusi pun marah,”APALAH JEMAAH NI…KEDEKUT, BAGUS LAGI JEMAAH YANG DULU, ADA JUGA HULUR DERMA...”. Kalau nak derma boleh, dengan syarat orang lain tak tahu, derma sembunyi-sembunyi tak perlu nak heboh dengan cek plywood besar. Ataupun mesyuarat kalau nak bagi derma dan terangkan pada imam/Pengerusi masjid. Atau kalau nak sangat derma, tunggu habis masa keluar (wapsi), selepas itu balik semula kat masjid itu dan bagi derma.

ITULAH SEDIKIT SEBANYAK PENERANGAN TENTANG USUL-USUL ATAU ADAB TERTIB DALAM USAHA NI. BUKANLAH MENGHARAP SANGAT SUPAYA TUAN-TUAN TERUS FAHAM DENGAN PENJELASAN SAYA YANG SERBA RINGKAS INI. KALAU TUAN-TUAN NAK SUPAYA ALLAH BAGI FAHAM LUANGKAN MASA KELUAR DI JALAN ALLAH, INSYALLAH, ALLAH AKAN BAGI FAHAM. ADAB USUL UNTUK DIRI MASING-MASING. KALAU SETAKAT BACA-BACA TANPA MUJAHADAH MAKA SUSAHLAH NAK DATANGKAN PERKARA-PERKARA ITU.

    “DAN MEREKA YG BERMUJAHADAH DI JALAN KAMI, PASTI KAMI AKAN BUKA JALAN-JALAN HIDAYAH” (mafhum Allah SWT lebih kurang)


Read more: http://kotajanji.blogspot.com/#ixzz2FwREyycT
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives
Follow us: @amirulzarhan on Twitter | amirulzarhan on Facebook

 
 
Related article
Untitled Document
Unlimited calls
Click here

Law firm System
Klik sini
http://www.lawmais.com/secure/images/lawmais.png
Dakwah tanggugjawab kita
Nabi menangis mengenangkan umatnya. Kasihanilah mereka yang masih tidak dapat mengenal Allah. Bantulah mereka....



Tadarus Hafazan
Tadarus Hafazan Sudah bermula. Sila hubungi admin jika ingin menyertai. Yuran adalah percuma. Klik sini untuk maklumat lanjut


 
 
Untitled Document
Copyright © 2010 roslanjam@yahoo.com. All Rights Reserved.
Guest online: 1