ORANG TABLIGH DAN CARA MENARIK NUSRAH ALLAH.
Ni bukan tulisan aku, aku dpt dari blog seorang karkun. Sangat
menarik! Lengkap sekali jawapannya terhadap cemuhan2 orang yang tak
faham akan usaha tabligh. mari kita sama-sama baca, supaya kita lebih
menghargai mereka.
**********************************************************
Orang tabligh…
Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?
Orang Tabligh,
Lari!!Larii!Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang, Heh..betul la
kata orang, Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.
Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.
Orang Tabligh, Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu, Jumpe
sumer orang tak pilih bulu, Dari ustaz sampai le kutu, Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.
Orang Tabligh, Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.
Orang Tabligh, Kekadang buat silap…adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori,bukannya sengaja, Nak dapat hikmah dlm
berdakwah mmg amik masa, Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.
Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2..kluar plak air mata.
Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
“Kita skang kan di zaman IT”
“Tak main la sunnah2 nih!”
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..
Orang Tabligh, Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini, Or ajak
anak main lari2, Or layan PS2 sampai pagi, Tapi untuk mengejar
kebahagiaan abadi, Kena korban lagi dan lagi, Yela..hidup ni kan cuma
sekali, Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan), bila lagi?
Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni “The Best Ummat”.
Orang Tabligh, “Apsal la ulama India yg jadik ikutan??” Mmmm…kan Nabi
dulu dah pesan, Sape saja yg bawak kebenaran, Tak kisah la orang Arab
ke bukan, Sume kena bagi sokongan, Yg Allah pandang bukan luaran tapi
kan Iman, Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan, So x
jadik masalah la kan?
Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
“I can’t go..sorry!”
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
“Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!” Heh, org
laki mmg lemah bab air mata nih, Si suami pun letak balik beg,tak jadik
pergi, Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi, Bleh tgk dgn mata kepala sendiri, Tp kalau
bab dunia(cth:kursus naik pangkat),”"no prob.,anytime kami ready!” Si
isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2, Hey, of course la,
nanti husband I dpt naik gaji, Wife mana la yg tak happy, Heh..ni la
realiti, Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti, Bab akhirat,
masing2 buat x kesah,x amik peduli, Ya Allah selamatkan lah kami!
Orang Tabligh, Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja…
Orang tabligh seluruh dunia…naik kapalterbang…
pakai selipar jepun sahaje…
Ikhlas,..no sponsor….no subsidy…..
passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja…
nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru…
sama seperti balik dari fardhu haji……….
Sayangkan bini tingal-tinggalkan…
sayangkan anak…rotan digantungkan……sunnah nabi…
bukan untuk mendera…speed limit sahaja…
kenapa sibuk dakwah orang..keluarga,anak isteri belum betul lagi.. Nabi
Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut…kalau Nabi Nuh ikut teori tersebut,
tak naik bahteralah jadiknye… Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW
tak mau ikut.. Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut… tak buat
dakwahlah Nabi….tak sampailah Islam ke M’sia ni… Yang tabligh
selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah.. itu mungkin
segelintir & cerita lama agaknya. You can’t blame the teachers. You
have to blame the distortions and ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah…Saidina Abu Bakar received the first kalimat
terus buat dakwah…if he waits tunggu complete ilmu, he will not be top
performers after Nabi Muhammad SAW. Global politic & economy with no
borders & chauvinism, M’sian, New Yorkers & Palestinians duduk
makan satu talam in Nizamuddin…..
(tidak tahu siapa penulis-penulis asal, semoga beliau dirahmati Allah.)
Al-Faqir Muhammad G C Abdil Aziz
Cara Mendapatkan Pertolongan Allah
Pengalaman manusia itu khilaf tetapi kesan amal itulah sebenarnya
haqiqat. Allah wujudkan khasiat pada setiap benda. Manakala dalam diri
manusia pula wujudnya roh. Tugasnya ialah untuk tarbiyah badan zahir.
Dengan adanya roh maka badan akan sentiasa sihat serta kestabilan wujud
dalam kehidupan harian. Setiap anggota akan berfungsi mengikut ketentuan
masing-masing. Kesan kesihatan pada perasaan dan hati, maka sifat
senyum, senang, tenang dan gembira akan dizahirkan. Apabila kita tidur,
fungsi zahir tadi akan luput. Mata, telinga, mulut dan anggota lain
tidak akan berfungsi lagi. Dan sifat itu hapus sama sekali bila
datangnya maut. Roh tertakluk kepada beberapa keadaan:
1. Tidur di alam dunia adalah umpama mati (rujuk kepada doa bangun
tidur). Bangun dari tidur samalah seperti bangun dari tidur di Padang
Mahsyar kelak.
2. Di alam dunia kita tidur, kemudian bangun dan kemudian tidur
balik. Tidur yang sebenar ialah di Alam Kubur. Manusia dicipta, kemudian
dimatikan & dihidupkan kembali. Segalanya adalah dengan izin Allah.
3. Seluruh manusia akan dibangkit kembali di Alam Akhirat.
Disanalah segala amalan akan dibalas (amalan ketika di dunia). Orang
beriman jika masuk neraka maka api neraka pun akan menjerit: “Keluarlah
kamu dari sini aku mulai sejuk sekarang!” Ia akan buat “Jaulah” (ziarah)
di neraka untuk menyelamatkan mereka yang mempunyai iman walau sebesar
zarah. Mereka yang ada sifat rahim dalam diri manusia maka dia akan
dikasihi dilangit. Dalam ta’lim kita dengar perkara ini supaya sentiasa
mengasihi orang lain. Bila wujud kesatuan hati maka pandangan Allah
jatuh pada kita. Dengan demikian orang kafir akan tertarik maka wujudlah
dakwah. Kewujudan dakwah –pada: Lidah (percakapan), Anggota (amal),
Hati (perasaan), Fikir (dakwah)– untuk keluarga amat penting. Lihatlah
keluarga Nabi Yusof & Nabi Ismail a.s. Bagaimana keluarga mereka?
Tarbiyah berpunca dari keluarga. Malah fikir alami (global) juga datang
dari fikir keluarga & fikir kampung. (Maulana baca ayat Al Quran)
Suatu hari Maulana jumpa sekumpulan doktor yang tidak percaya kepada
Alam Kubur. Kita terkadang yakin tentang apa yang tidak lihat apabila
seorang pakar memberitahu kita mengenainya. Pakar tadi ditanya oleh
Maulana: “Benarkah dalam tubuh manusia ada berbagai zat galian?” Jawab
mereka: “Benar kerana kami telah membuat kajian & pakar dalam bidang
ini.” Kata
Maulana: “Walaupun saya tidak nampak bahan itu tetapi kepakaran kamu
telah meyakinkan saya. Jadi begitulah juga Alam Akhirat. Yakinlah dengan
kepakaran baginda Nabi saw.” Pada diri manusia ada 2 keadaan. Diluar
kita nampak seperti seguni gula, sebatang besi, & sebagainya. Dalam
badan kita seperti karbohidrat, mineral, protin & air yang tidak
dapat kita lihat. Begitulah juga alam akhirat. Didunia kita nampak ular,
keledai, kala & macam-macam lagi tetapi didalam kubur ular, kala,
api tidak nampak dengan mata zahir ini. Buatlah usaha agama dengan
perasaan takut & bimbang. Kesan amal tidak mungkin silap. Kesannya
tetap wujud di dunia & akhirat. Jadi mengapa terkadang amal itu
tidak makbul? jawabnya ialah kerana amal tidak kuat. Untuk mendatangkan
roh (kekuatan) dalam amal maka kita perlu:
1. Sahih Yakin – iman yang berpunca dari dakwah & korban
2. Sahih Tariqat – cara (sunnah) yang betul dari taklim masail
3. Sahih Dian – penumpuan yang tepat (maqam Ihsan) dari amalan
tilawah Quran, zikir & doa
4. Sahih Jazbah – keghairahan dalam amal (Ihtisab) berpunca dari
taklim fadhail
5. Sahih Niat – niat yang betul dari kesempurnaan iman.
Untuk menyempurnakan amal maka tunaikanlah hak saudara kita. Supaya
tidak ada seorang pun yang kita sakiti. Hindarkan dari menjadi muflis di
akhirat. Segalanya akan mulai wujud dalam suasana dakwah. Oleh itu iman
akan mulai terbina. Sebagaimana kisah Abu Darda’ yang yakin dengan
amalan yang diajarkan oleh Nabi s.aw. Bila diberitahu rumahnya terbakar
namun dia tetap yakin rumahnya selamat walaupun beberapa kali orang
datang memberitahu rumahnya terbakar. Akhirnya terbukti kebenarannya
walaupun rumah jiran sekelilingnya terbakar. Nasihat Maulana: Berdoa itu
tidak sesusah mana tetapi untuk wujudkan keyakinan itu amatlah rumit.
Dalam dunia keputusan Allah beransur-ansur. Seperti diciptanya dunia ini
selama 6 hari. Segala proses pembesaran & pembinaannya
beransur-ansur. Alam akhirat adalah serta-merta serta tiada lagi proses
ansuran. Seperti kubur, mahsyar, mizan dan sirat yg laju seperti kilat.
Bila hisab dilewatkan manusia menjadi gelisah. Sengsara yang tidak
tertahan sehingga manusia berkata: “Cepatkanlah penghisaban… kami tidak
tertahan lagi kepedihan ini… walaupun keputusannya masuk neraka pun kami
rela. Semua Anbiya tidak berani menghadap Allah. Inilah kesengsaraan
akhirat. Nabi Muhammad saw dan sahabat menangis mengenangkan hari
penghisaban yang bakal tiba. Kehidupan kita melalui beberapa peringkat
iaitu perut ibu, perut dunia, perut kubur & alam akhirat. Keadaan
didunia ini melambangkan cara hidup akhirat. Oleh itu keperluan
terpenting manusia ialah hidayat. Hidayat ialah Nur yang masuk ke dalam
hati manusia dan memberi kefahaman tentang 1000 tahun dahulu & 1000
tahun kemudian. Apa yang ada di langit pun mereka faham. Malah segala
kejadian Allah akan difahami. Sebenarnya tiada kejayaan dalam benda.
Kejayaan hanya wujud dalam amal tetapi ianya tidak nampak. Dan umat
terbahagi kepada 2 golongan: 1.Mereka nampak kejayaan dalam kebendaan.
Jalan hidup mereka tidak betul. 2.Yakin kejayaan dalam amal maka mereka
memilih cara hidup Nabi saw dan kehidupan mereka susah. Umat yang yakin
dengan kebendaan merasa berjaya hanya bila lihat perniagaan besar,
pengaruh yang kuat. Pokoknya segala asbab yang dapat dilihat. Manakala
kejayaan dalam amal pula, segala asbabnya adalah ghaib seperti berkat,
pahala, malaikat & nusrah Allah. Tidak dapat dilihat dengan mata
zahir. Pemimpin kafir tuduh sahabat berjuang ada kepentingan. Bila Abu
Bakar baca Al Quran semua penduduk Mekah tertarik oleh itu mereka mula
bimbang. Tuhan mereka yang banyak (360 berhala) itu cipta seekor lalat
pun tak mampu. Makhluk diciptakan lemah. Hanya Allah berkuasa. Dengan
satu perintah-Nya semuanya jadi. Manusia begitu lemah. Jika seluruh
manusia berkumpul dari keturunan sejak beribu tahun dahulu untuk cipta
satu kaki nyamuk pun tidak mampu. Untuk itu kita perlu senantiasa cakap
kebesaran Allah dan ambillah juga sikap suka mendengarnya, serta
sentiasa menafikan kehebatan makhluk. Umat yang beriman kecil
kelompoknya. Nabi Musa pernah merayu ummatnya membantu dakwahnya
(Hawariyyin). Baginda menerangkan dengan sungguh-sungguh tentang tugas
dan kepentingan kerja ini. Tetapi tidak ramai yang taat. Nabi kita
pernah menawarkan dirinya: “Sesiapa yang boleh saya bawa pada keluarga
kamu atau kampung kamu?” Rayuan demi rayuan dibuat oleh Nabi saw tetapi
hanya sekelompok kecil yang tertarik. Hinggalah bantuan ghaib tiba
dengan berbagai cara. Penduduk Madinah mempunyai kekuatan dalam iman,
ibadat, muasyarat, muamalat dan akhlak. Segalanya mengikut ajaran Nabi.
Orang luar menjadi amat tertarik apabila melihat cara hidup mereka. Dari
jahiliyah bertukar kpd kehidupan yg baik. Malah di depan rumah sahabat
dibina sebuah rumah persinggahan yang kecil. Daging disediakan untuk
musafir yang lalu. Setiap musafir diminta makan & minum walaupun
tanpa turun dari tunggangannya. Musafir dapat melihat kemakmuran Masjid
Nabawi. Ia telah dimakmurkan 24 jam. Hidup dan mencetuskan rasa
kerohanian yang berlainan dari sebarang tempat lain seumpama seorang
yang masuk dari tempat yang panas ketempat yang “berhawa dingin.”
‘Mahol’ iaitu suasana di Masjid Nabawi mengubah kerohanian. Contoh
masjid diatas muka alam ini ialah Masjid Nabawi. Dan kampung contoh
adalah Madinah Munawwarah. Dalam 24 jam jumpa orang dan bawa ke masjid
untuk hidupkan amalan jemaah masjid. Di akhir zaman ini kita tidak
dituntut untuk berkorban sebagaimana sahabat. Sedikit pengorbanan sudah
memadai. Dalam hadis ada diberitahu: “Seorang yang buat usaha dakwah di
akhir zaman ini dapat fadhilat 50 sahabat.” Peningkatannya
beransur-ansur maka keberkatan akan datang dalam kebendaan. Ianya akan:
bertambah, mencukupi dan doa dapat menyelesaikan masalah-masalah benda.
Dalam peperangan, sahabat dapat bantuan Allah karena sifat: taqwa, sabar
serta doa dengan menangis. Bantuan ini tetap akan turun sehingga hari
Kiamat. Bukan hanya dalam Badar. Terkadang pertolongan ini dilambatkan
karena Allah ingin melihat kerisauan kita. Perkara yang menyebabkan
Allah menurunkan kekalahan kepada pihak musuh: sombong & bongkak,
bermegah-megah dan menghalang kerja agama seperti Badar. Sekarang
pertolongan Allah telah turun kepada kita. Yang jahat ditukar kepada
baik dan yang kaya dapat tunaikan zakat. Duit untuk faqir sementara,
tetapi untuk kerja agama ianya akan berterusan. Pertolongan Allah akan
diangkat bila: 1.Buat usaha dengan niat dunia, 2.Kelemahan dalam syor,
3.Wujud pecah-belah, 4. Orang tidak taat. Inilah yg terjadi dalam Uhud .
Ia saling berkait diantara satu dengan yang lain. Dalam Uhud 1000
sahabat yang ikut tetapi 300 orang ada kepentingan yang lain. Golongan
munafik diketuai Abdullah bin Ubay kembali ke Madinah. Kekalahan
sementara dirasai oleh Islam karena wujudnya golongan yang pentingkan
dunia. Satu tamsil: Seorang pesakit diberi doktor ubat. Ubat makan iaitu
antibiotik & ubat sapu. Jika tidak sembuh juga maka doktor terpaksa
membedahnya. Dan untuk orang yang berpenyakit rohani maka Nabi saw akan
hantar sahabat untuk buat dakwah. Dakwah seperti ubat antibiotik.
Dakwah yang disertai dengan akhlak. Akhlak itu seumpama ubat sapu. Jika
masih tidak sembuh maka terpaksa dipotong, kalau tidak ia akan
berjangkit. Natijah penyakit jasmani adalah Maut. Manakala natijah
penyakit rohani pula ialah Neraka Jahannam. Dalam neraka mereka menjerit
lalu ditempelak oleh Allah tentang dakwah & ingatan yang diberi
ketika di dunia. Fir’aun & kaumnya yang musnah dahulu dihancurkan
oleh Allah sendiri. Allah sendiri yang jalankan “Operation”. Sekarang
Allah tidak akan jalankan operation seperti dulu tetapi secara
beransur-ansur. Ketika sahabat menghadapi penderitaan oleh kaum kafir di
Mekah, mereka tidak mengambil tindak balas walaupun mereka mampu karena
taat perintah Allah. Di Madinah barulah perintah “melawan” turun. Dalam
perang Uhud, tentera kafir hampir kalah dan ghanimah telah
ditinggalkan. Ini dilihat oleh pasukan yang sedang bersedia di atas
bukit. Amirnya ialah Abdullah bin Zubair. Tercetus fikir dalam hati
tentera tsb: “Kita mesti turun untuk kumpulkan ghanimah dan bantu
ringankan urusan mereka dibawah serta membantu memerangi musuh yang
masih ada.” Hanya tinggal 12 orang yang tetap patuh kepada Abdullah bin
Zubair. Khalid Al Walid yang ketika itu belum Islam mengambil kesempatan
menyerang tentera Islam dari belakang. Khalid hanya mengetuai 100 orang
tentera kafir untuk mencetuskan serangan itu. Dalam peperangan itu 70
orang sahabat telah syahid. Seorang musyrikin bernama Abdullah Qaniah
telah ‘mensyahidkan’ gigi Nabi saw dan sempat memecahkan topi besi
baginda. Dalam kerja ijtima’i, kita semua akan dapat masalah walaupun
hanya segelintir sahaja yang buat amal tidak betul. Dalam peperangan
Uhud Nabi saw dihebohkan telah wafat. Dalam hal ini sahabat mengambil
sikap: “Nabi syahid, kitapun syahid atau kitapun teruskan perjuangan
(usaha).” Inilah tahap Uhud: 1.Kemenangan, 2.Kekalahan sementara (kerana
bantuan diangkat Allah), 3.Bantuan datang kembali . Iktibar dari
peristiwa Uhud: 1.Seorang yang beriman tetapi kotor dengan keduniaan
maka Allah akan tapis dan buang kotoran itu. 2.Apabila bersih barulah
bantuan datang kembali. Janganlah minta tapisan ini. Ia adalah ujian
dari Allah. Sebaliknya mintalah afiat dari Allah. Bila khilaf berlaku
dalam usaha agama, tapisan akan datang dari Allah untuk selesaikan
khilaf pada diri sendiri. Sentiasa salahkan diri dan merasai bahwa diri
kita amat banyak kekurangan. Sabda Nabi saw: “Semua kamu adalah orang
yang bersalah.” Tiada siapa yang betul. Siapa kata dia betul maka dia
telah menentang Nabi secara terbuka. Sabda Nabi saw: “Orang yang terbaik
diantara yang bersalah ialah orang yang bertaubat.” Satu hari seorang
pendosa telah berdoa dan Maulana ada dibelakangnya: “Wahai Allah, aku
hina seperti anjing, ampunkanlah aku seperti anjing Ashabul Kahfi. Orang
lain ada pelindung seperti solat, taklim dan amalan baik yang lain. Aku
ini tidak ada apa-apa. wahai Allah… Aku berjanji tidak akan
mengulanginya lagi.” Maulana mendoakan pendosa itu dari belakangnya.
Kata Maulana, dia itu lebih baik dari orang yang buat usaha dengan sifat
sombong dan takbur. Dan pada pagi harinya dia telah buat pengakuan
depan majma’ yang dia telah bertaubat. Maulana minta dia keluar 4 bulan
utk kekalkan perasaan itu. Sebaliknya dia jegilkan matanya pada Maulana
seraya berkata: “Saya tetap tidak akan mengulangi perbuatan saya yang
lalu.” Selang beberapa lama (beberapa tahun). Dia memperkenalkan dirinya
& berterima kasih pada Maulana karena telah mentasykil dia keluar.
Sekarang dia buat perniagaan yang kecil-kecil yang halal. Pendapatan itu
cukup buatnya. Dalam Uhud Allah bersihkan orang yang ada cinta dunia.
Allah uji untuk tingkatkan iman dan menaikkan darjat mereka. Orang
beriman dan tidak beriman sama-sama merasai susah, tetapi kesusahan
orang beriman adalah bermanafaat. Orang yang tidak beriman diberi
peluang oleh Allah untuk tunjukkan kemegahannya seperti Firaun. Semua
orang akan sama-sama mati, tapi yang berbeza adalah natijahnya, iaitu
kejayaan atau kegagalan. Dalam usaha agama semua sama-sama buat, yang
bezanya cuma ikhlas atau tidak. Bila ujian turun, Allah akan asingkan;
dengan sendirinya yang tidak tulin akan diketepikan. Sifat orang yang
tidak tulin: Mereka suka duduk ditepian berhampiran lorong-lorong.
(Maulana baca ayat Al Quran) Bila nikmat datang merekalah yang paling
heboh, tetapi bila ujian tiba mereka cepat-cepat lari ke lorong tadi.
Sesungguhnya ujian Allah tetap akan datang untuk menghasilkan yang
benar-benar tulin. Apabila beri syor dalam mesyuarat janganlah masukkan
kepentingan diri kita serta taatlah pada setiap keputusan mesyuarat.
Orang yang menjadi jumindar pula janganlah menjadi seperti pemerintah.
Jangan sekat dari awal-awal lagi setiap syor walaupun kita tidak akan
menerima syor tersebut.
Bayan Maulana Umar Palanpuri |