|
Wahai anakku |
Wahai anakku,
Kalau engkau suka Allah ampunkan dosamu, maaflah kesalahan orang lain
padamu. Kerana kemaafanmu di dunia jauh lebih mudah berbanding engkau
memohon keampunan dari manusia di akhirat. Aku sangat takut akan
golongan yang muflis diakhirat, sebagaimana yang dinyatakan oleh
Rasulullah, mereka adalah golongan yang banyak amalan, namun semasa di
dunia banyak melakukan penanyanyaan terhadap manusia; lalu mereka
menuntut darinya di akhirat sehingga habis segala pahalanya dan diganti
pula dengan dosa. Wahai anakku, Janganlah engkau terikut
kehendak nafsu burukmu yang dihasut oleh syaitan, untuk tidak memaafkan
kesalahan manusia lain, kerana itu puncak keegoaan yang memusnahkan.
Apalah erti engkau menyimpan dosanya atau dendammu. Yang penting wahai
anakku, keinsafan terhadap kesalahan dan kekesalan terhadap apa yang
berlaku, lalu ia menitis air mata taubat memohon pengampunan Allah.
Kalaulah Allah sedia mengampuni dosa hambaNya, janganlah engkau menjadi makhluk yang lebih sombong dariNya. Wahai anakku,
Rasulullah S.A.W Bersabda "Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api
neraka di akhirat. Mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata
yang berjaga malam kerana memperjuangkan agama Allah." Wahai anakku,
Menangislah kerana dosamu, kerana tangisan itu akan mendapat rahmat dan
kasihsayang Allah. Walau pun terlalu sukar manusia menangis kerana
dosanya. Dan berjaga malamlah demi memperjuangkan agama Allah. Sabarlah
wahai anakku di atas kepenatanmu sehingga tengah malam, di saat semua
orang sedang tidur lena di buai mimpi, kamu masih berada di atas
jalanraya menahan kepenatan dan keletihan memperjuangkan agama Allah. Wahai anakku, Aku sering mengigati pesanan TGNA, biarlah kita penat di dunia, semoga kita tidak penat nanti di akhirat. Salam perjuangan buat semua........ Senyum.
-- titm --
|
|
|
|
Related article |
|
|
|
|
|
|
|
|
Untitled Document
Unlimited calls
Click here
|
Law firm System
Klik sini
|
Dakwah tanggugjawab kita
Nabi menangis mengenangkan umatnya. Kasihanilah mereka yang masih tidak dapat mengenal Allah. Bantulah mereka.... |
Tadarus Hafazan
Tadarus Hafazan Sudah bermula. Sila hubungi admin jika ingin menyertai. Yuran adalah percuma. Klik sini untuk maklumat lanjut
|
|
|
|
|