Antara sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W sebelum, ketika dan selepas tidur:
1. Membaca doa sebelum dan selepas
tidur. Ramai orang memperlekehkan doa masnun (doa harian) tetapi Allah
menjanjikan syurga kepada orang yang mengamalkannya.
2. Jangan tidur dalam keadaan kaki menghadap ke Qiblat. Keadaan yang demikian hanyalah untuk orang yang meninggal dunia.
3. Barang siapa yang membaca Tasbih
Fatimah, sekiranya dia mati pada ketika dia tidur maka ia dikira sebagai
mati syahid. Apa itu tasbih Fatimah?
Subahanallah 33 kali
Alhamdulillah 33 kali
Allahuakbar 33 kali
4. Membaca 3 Qul lalu meniupkan pada
tapak tangan dan menyapukan ke seluruh badan untu menghindarkan sihir
dan perbuatan jahat manusia
Dari Aisyah r.a meriwayatkan bahawa
setiap kali Rasulullah s.a.w pergi untuk tidur pada waktu malam, baginda
akan menadah kedua belah tangan dan menghembus ke tapak tangan baginda
setelah membaca surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dab surah An-Nas,
kemudian menyapu kedua tapak tangan baginda ke seluruh anggota bermula
dari kepala, muka dan hadapan badan.Hal ini dilakukan baginda tiga kali
berturut-turut - Sahih Al-Bukhari.
5. Niat untuk bangun menunaikan solat
Tahajut. Sekiranya tidak terjaga dari tidur, Allah S.W.T akan mengira
seolah-olah dia bertahajut sepanjang malam. Solat tahajut adalah
pendinding daripada sihir dan buatan orang
6. Mengambil wuduk sebelum tidur dan menunaikan solat sunat taubat
7. Maafkan semua kesalahan orang lain kepada kita dan menghalalkan segala hutang piutang orang lain kepada kita
8. Tidur dengan mengamalkan posisi tidur Rasulullah iaitu mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Peringatan:
Pesan Rasulullah, jangan tidur secara
meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat
hujung kain supaya tidak timbul fitnah. Tidur tanpa menutup aurat dengan
sempurna akan menghindarkan malaikat, bahkan mengundang makhluk lain.