PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk
memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak
berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.
KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula
menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka
untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun,
seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.
Rasulullah SAW bersabda. “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk
sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana
meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara
mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur.” – Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim
Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun
ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah
seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu
seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan
oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam
keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.
KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman
disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua
sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam
berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan
diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal
ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil
berat hal-hal dalam keluarga.
KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan
anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat
perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan
apabila anak tersalah atau terlupa.
Dalam kehidupan kita sebagai orang Islam, kadang-kadang pendidikan
yang diajar oleh Rasulullah SAW itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan
ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.
Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan
baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun
sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu
bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah
diperintahkan ALLAH SWT Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan
perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.
Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim
berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan
yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak
sedar kekerasan dan cara pendidikan yang mereka terapkan kepada
anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur
anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan
perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.
Sekiranya sebelum ini anda leka….Ianya masih BELUM TERLAMBAT…ajarlah
dan ajaklah anak-anak anda untuk SOLAT….kerana ianya kunci bagi
segala-galanya permasalah didunia ini…
Sabda Rasulullah SAW : “Solat itu tiang agama, barangsiapa yang
mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang
meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya.” – Hadis riwayat Al-Bahari dan
Muslim
Dari Abdullah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Ditegakkan
Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada Tuhan yang
disembah dengan sebenarnya melainkan ALLAH, pengakuan bahawa Nabi
Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat,
menunaikan fardhu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” – Hadis Riwayat
Muslim |