Mengapa Kami

Harga yang berpatutan dengan kualiti teknikal dan kemasan dijaga
Kami menjanjikan harga yang menarik dan berpatutan. Sememangya terdapat individu dan pekerja-pekerja asing yang bekerja secara sub yang boleh menjanjikan harga yang rendah tetapi kualiti dari segi teknikalnya juga diragui tanpa disedari oleh pelanggan walaupun buatan kerja mereka kemas. Misalnya menggunakan gred konkrit yang rendah dan saiz besi yang digunakan adalah tidak sesuai, akibatnya rumah yang baru direnovasi dan dibina tidak kuat dari segi struktur dan cepat mengalami kerosakkan. Segala kerja yang kami lakukan akan mengikut pelan teknikal (engineering drawing).
Kontraktor utama bagi kerja
Pihak pelanggan tidak perlu gusar untuk mencari subkontraktor bagi kerja elektrikal, paip, besi, cctv, plaster ceiling, kitchen cabinet, tile, aircond, pagar, aluminium sliding, rawatan anai-anai, dll kerana sekiranya rumah tersebut direnovasi oleh kami, pihak kami akan menyediakan semuanya untuk pelanggan dan menyusun kerja mereka. Apa yang perlu, pihak pelanggan hanya memaklumkan pada kami kehendak dan bentuk yang diidamkan, dan kami akan menyelesaikannya untuk anda. Khidmat pelukis pelan juga disediakan.
Tranksaksi bertulis dan direkod
Setiap transaksi serta permohonan bayaran, pertambahan sebutharga, pemberitahuan masuk kerja adalah bertulis dan direkod oleh pihak kami dan salinan bagi butiran tersebut juga akan diberi kepada pelanggan. Pihak pelanggan tidak perlu khuatir dan risau sekiranya terdapat sebarang kerja yang tidak dijalankan oleh kami seperti yang telah dijanjikan kerana segalanya akan dimaklumkan kepada pelanggan dalam bentuk bersurat dan pihak pelanggan boleh menyemak butiran tersebut.
Pengurusan kelulusan pelan (hanya untuk kerja renovasi sahaja yang dijalankan oleh kami, bagi binaan rumah sila hubungi pihak syarikat)
Permohonan kelusan pelan kepada pihak PBT juga kadang-kadang sangat memeningkan pihak pelanggan, dan bagi pelanggan yang baru pertama kali membuat kerja renovasi sememangnya tidak mengetahui prosedur yang telah ditetapkan oleh PBT. Usah kuathir, kerana pihak kami boleh membantu pelanggan kami untuk mendapat kelulusan PBT kerja renovasi tersebut. Perkhidmatan pelukis pelan juga disediakan.
Waranti bagi kerja yang dilakukan
Telah banyak terjadi apabila rumah yang telah siap di renovasi dan dibina berlaku kerosakkan dan pihak yang membinanya tidak lagi dapat dihubungi, akibatnya baik pulih kerosakkan terpaksa ditanggung oleh pemilik. Perkara ini tidak perlu di khuatiri oleh pelanggan kami, kerana kerja yang dilakukan oleh kami adalah beserta waranti dan perkhidmatan baik pulih. Sekiranya terdapat sebarang kerosakkan yang berlaku diatas kerja yang telah kami lakukan, hanya hubungi kami dan kami akan melakukan kerja baikpulih tersebut secara PERCUMA.
Pembayaran kerja selamat
Kami tidak mengambil wang pendahuluan dari pelanggan kami. Tidak seperti sub-sub pekerja asing yang memerlukan pemilik membuat bayaran pendahuluan sehingga 20% bagi membeli barangan untuk memulakan kerja, ini sangat berisiko bagi pemilik kerana sekiranya kerja tersebut tidak dijalankan, wang tersebut di adalah hangus. Pihak kami hanya akan memohon bayaran setelah KERJA-KERJA BINAAN DIMULAKAN dan bayaran dibuat adalah secara progress yang akan dipersetujui bersama didalam kontrak sebelum kerja-kerja binaan dilakukan. |