Lebih 13 tahun pengalaman didalam industri binaan dan renovasi.Kami mengorak langkah untuk memberi hasil kerja yang terbaik serta servis yang berkualiti dan memartabatkan syarikat kami sebagai salah satu yang terbaik didalam industri binaan dan renovasi
LATAR BELAKANG KAMI
Ditubuhkan pada pada tahun 1996 menggunakan nama TAS CONSTRUCTION dan berubah kepada TAS CONSTRUCTION pada tahun 2009. Merupakan sebuah syarikat milikan penuh bumiputera dan berdaftar dengan CIDB - G3 dan menjalankan kerja-kerja binaan awam, bangunan, dan juga renovasi kediaman.
Mempunyai pengalaman dalam kerja awam seperti binaan bangunan skala kecil dan sederhana, kerja membina jeti, kerja binaan dan turapan jalan, kerja baik pulih bangunan dan infrasturktur dan kerja renovasi rumah perseorangan.
Kini usia syarikat telah menjangkau 13 tahun dan kami berazam untuk mengembangkan perkhidmatan syarikat dan menjaga kualiti kerja dan memberi perkhidmatan yang terbaik agar syarikat kami akan terus mendapat kepercayaan dari pelanggan.
MISI & VISI KAMI
Memberi perkhidmatan dan hasil kerja yang terbaik kepada pelanggan kami
"WARANTI STRUKTUR SEHINGGA 3 TAHUN"
|